Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Kebangsaan Alam Damai(SKAD) tidak ketinggalan menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membudayakan tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah melalui Program NILAM.
Selari dengan usia SKAD beroperasi pada tahun 2003,Program NILAM merupakan salah satu program wajib yang dilaksanakan di SKAD.Walaupun dalam serba kekurangan bahan bacaan lantaran sekolah baharu,namun ianya tetap dilaksanakan oleh Guru PSS pada masa itu iaitu Pn Jamilah bt Yusoff.Menyambung amanah yang telah ditinggalkan oleh Cikgu Jamilah yang telah bertukar ke Selangor,Program NILAM bergerak agak perlahan,namun mula rancak pada tahun-tahun berikutnya.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemai,menanam dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar SKAD. Antaranya ialah Bacaan Pagi,"Read Together", 10 minit Bersama Buku,Kem Membaca 1 Malaysia,Tong NILAM,Pinjman Kelompok,Pertandingan Membaca Terbanyak dan berbagai lagi aktiviti galakan galakan membaca.Antara yang boleh dikongsikan bersama iala "Bacaan Pagi". Walaupun aktiviti ini bunyinya klise dan biasa-biasa sahaja ,namun satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah ianya telah banyak menyumbang kepada mendisiplinkan pelajar pada waktu pagi untuk berkumpul di Tapak Perhimpunan.Kredit harus diberikan kepada mantan Guru Besar SKAD iaitu Pn Jamilah bt Iberahim yang mengilhamkan aktiviti ini serta kepada guru-guru serta seluruh warga SKAD yang memberikan kerjasam secara langsung dan tidak langsung.Tanpa kerjasama dari semua pihak adalah agak mustahil dan sukar untuk melaksanakannya.
Begitu juga dengan pihak pentadbir dan PIBG yang tidak pernah jemu menyokong program NILAM dalam bentuk sokongan moral dan peruntukan kewangan seperti hadiah Insentif,tajaan bas,sumbangan kewangan untuk membeli bahan bacaan,derma buku-buku terpakai dan lain-lain.Anugerah NILAM yang turut diselitkan dalam Hari Anugerah Cemerlang (HAC) setiap tahun,telah banyak menyuntik semangat dan galakan untuk pelajar memebaca dan merekodkan dalam Buku NILAM
Bertatih selangkah demi selangkah,SKAD mula mengorak langkah untuk melayakkan diri dalam Anugerah NILAM Peringkat BTPNKL pada tahun 2009. Bermula dari bawah,SKAD mendaki setapak demi setapak untuk sampai ke kemuncaknya.Tahun 2014 mencatatkan kenangan manis kepada SKAD kerana berjaya menyapu bersih tempat pertama,kedua dan ketiga untuk kategori Tahap 2.Diharapkan pada tahun-tahun seterusnya SKAD akan terus mencipta kejayaan bukan sahaja untuk melayakkan diri dalam Anugerah NILAM tetapi lebihh daripada itu adalah sangat diharapkan agar seluruh warga SKAD dapat menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya.Anugerah kemenangan mungkin akan bertukar ganti sekolah dan pemenangnya,tetapi budaya membaca arus dikekalkan dan menjadi satu amalan yangberterusan kerana "Bangsa Membaca ,Bangsa Berjaya...."
Pencapaian Anugerah NILAM SKAD Peringkat Wilayah Persekutuan :
Tahun 2009 :
Tempat ke -12 (Tahap 2) - Nur Zulaikha bt Jesfreedin
Tempat ke-15 ( Tahap 2) - Nurul Sakinah bt Ashaari
Tahun 2010 :
Tempat ke-5 (Tahap 2) - Nur Zulaikha bt Jesfreedin
Tempat ke -14 (Tahap 2) - Nurul Sakinah bt Ashaari
Tahun 2011 :
Tempat Pertama (Tahap 1) - Siti Nur Suhaila bt Hassan
Tempat ke-4 (Tahap 2) - Nurisha Syazia bt Mohd Zaki
Tahun 2012 :
Tempat ke-2 (Tahap 2) - Nur Anis Najwa bt Mohd Roslan
Tempat ke-3 (Tahap 2) - Siti Nur Suhaila bt Hassan
Tempat ke-4 (Tahap 2) - Nurisha Syazia bt Mohd Zaki
Tempat ke-15(Tahap 1) - Nur Batrisyia bt Mohd Nazri
Tahun 2013 :
Tempat Pertama (Tahap 2) - Nur Anis Najwa bt Mohd Roslan
Tempat ke-3 (Tahap 2) - Siti Nur Suhaila bt Hassan
Tempat ke-4 (Tahap 2) - Nurisha Syazia bt Mohd Zaki
Tahun 2014 :
Tempat Pertama (Tahap 2) - Nur Anis Najwa bt Mohd Roslan
Tempat Ke-2 (Tahap 2) - Siti Nur Suhaila bt Hassan
Tempat Ke-3 ( Tahap 2) - Nurisha Syazia bt Mohd Zaki
No comments:
Post a Comment