Kelab Pustakawan SKAD ditubuhkan pada tahun taun 2010.Idea penubuhan Kelab Pustakawan dicetuskan oleh saya sendiri selaku Guru PSS.Cadangan tersebut saya usulkan kepada Guru Besar ketika itu iaitu Pn Jamilah bt Iberahim dan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En Muniandy a/l Suppiah sejak tahun 2009 lagi.Tetapi memandangkan cadangan tersebut disampaikan pada pertengahan taun,maka ianya hanya diluluskan pada tahun 2010.
Objektif asal penubuhan Kelab Pustakawan ini antara lain adalah bertujuan untuk memperuntukkan masa yang lebih kepada pengawas PSS untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan PSS.Ini adalah kerana kekangan masa pada awal pagi,waktu rehat dan selepas waktu persekolahan membataskan pengawas PSS untuk menyumbangkan masa dan tenaga kepada PSS.Dengan tertubuhnya Kelab Pustakawan,peruntukkan masa waktu kokurikulum dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti berkaitan PSS tanpa mengabaikan objektif asal dalam aktiviti kokurikulum.
Banyak aktiviti yang kebanyakannya merentas kurikulum yang telah dijalankan oleh Kelab Pustakawan SKAD sejak dari awal penubuhannya.Antaranya ialah Pengurusan Diri,Menghasilkan bahan P&P untuk PSS,Melabel Nama pokok-pokok Sekitar Halaman Sekolah,Lawatan Sambil Belajar,Memasak,Mencari Maklumat,Jamuan Raya,Jamuan Akir Tahun dan berbagai lagi aktiviti yang sangat mengujakan ahli-ahlinya.
Kelab Pustakawan SKAD juga antara Kelab/Persatuan yang paling aktif di SKAD.Bermula tahun pertama kelahiran Kelab Pustakawan telah mencatatkan pencapaian yang sangat memberansangkan.Sejak penubuhannya pada 2010,Kelab Pustakawan telah empat kali di anugerahkan Kelab/Persatuan Terbaik dalam Hari Anugerah Cemerlang (HAC) Kokurikulum iaitu pada tahun 2010,2012,2013 dan 2014.
Kepada seluruh warga SKAD dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,saya sangat-sangat menghargai dan ingin merakamkan ucapan terima kasih.Besarlah harapan saya agar Kelab Pustakawan ini juga akan dapat
mengharumkan nama sekolah keperingkat yang lebih tinggi...InsyaAllah..
Catatan : Cikgu Norisah
No comments:
Post a Comment