Saturday, 2 May 2015

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI

Assalamualaikum..

Sebagai Guru Pusat Sumber/Media (GPM) saya terpanggil untuk mencatatkan perihal sejarah Sekolah Kebangsaan Alam Damai (SKAD) sebagai rujukan anak-anak SKAD dan juga sebagai perkongsian bersama.Mungkin hari ini catatan ini tidak ada nilainya,tetapi siapa tahu 20 tahun akan datang ianya diperlukan.Apa yang saya tuliskan ini hanyalah berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada kerana saya juga merupakan kumpulan guru yang terawal bertugas di sekolah ini.Selain daripada itu saya juga membuat rujukan dari fail sekolah dan catatan saya berkaitan sejarah ringkas sekolah ini ada dimuatkan dalam Majalah Simfoni SKAD jilid 1(2009).Sekiranya ada yang mempunyai maklumat tambahan saya sangat mengalu-alukan,demi untuk pengetahuan dan rujukan generasi SKAD pada masa akan datang.

Nama Sekolah    : Sekolah Kebangsaan Alam Damai.
Alamat                : Persiaran Bistari,
                              56000 CHERAS,
                              KUALA LUMPUR
No .Telefon         : 03-91023271
No. Fax               : 03-91023271
Zon Akademik   : PPD Pudu/Bangsar
Zon PKG            : Pudu
Kod Sekolah       : WBA 0084
P/Hole                 : MERAH(  (72)
Kod Peperiksaan  :  WP 053 & WP 054
Laman Web          : www.skalamdamai.com

Visi Sekolah         : "Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik,Negara Sejahtera"

Misi Sekolah        : " Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Cogan Kata           : "Berilmu,Beramal,Berbakti"


SK Alam Damai siap dibina pada tahun 2002 dan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2003.Pada tahun pertama pembukaannya bilangan pelajar dicatatkan berjumlah 961 orang.Kebanyakan pelajarnya adalah bekas pelajar dari SK Taman Segar kerana sebelum itu SK Taman Segar dan sekolah lain yang berhampiran. dengan 24 buah kelas yang terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja, SKAD menjadi satu-satunya sekolah yang berlamatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana bersempadan dengan Selangor.Arif,Bestari,Cerdik,Dinamik,Efektif dan Gemilang digunakan sebagai nama kelas .Jumlah guru pula pada tahun tersebut adalah seramai 42 orang.Persekitran SKAD pada ketika itu masih dikelilingi hutan muda  disebelah kiri dan bahagian hadapan pula adalah belukar kecil yang menjadi denai dan jalan pintas penduduk Perumahan Seri Perindu.Bahagian belakang sekolah adalah kejiranan Perumahan Damai Bakti.Manakala sebelah kanan besebelahan kantin adalah Kuaters Institusi Pendidikan.
Tahun 2004 barulah wujudnya kelas untuk Tahun 6.Setiap tahun jumlah murid dan guru SKAD mencatatkan pertambahan.Pada tahun 2004 juga pernah menjadi "Sekolah Tumpang" selama setahun kepada SK Seri Anggerik yang masih dalam pembinaan di Taman Len Seng.Walau bagaimanapun hanya bilik darjah ditingkat bawah sahaja yang ditumpangkan iaitu untuk sesi petang..Manakala Pejabat Pentadbiran sementara untuk SK Anggerik ditempatkan di sebuah bilik besebelahan Kedai Buku.(Bilik bekas pejabat pentadbiran itu telah dijadikan Bilik Panitia pada tahun 2010)
2005 SKAD berkembang lagi dengan lahirnya Pra Sekolah yang beroperasi di hujung Blok D (asalnya kelas Tahun 1).Tahun –tahun berikutnya menyaksikan pertambahan beberapa prasarana baru  yang lain seperti garaj kereta,“Tangga Kambing” yang menjadi teduhan ditepi padang, “Susur Gajah” yang menjadi laluan berbumbung di sepanjang pagar depan  dan belakang sekolah,pentas dewan terbuka dan juga Tapak Perhimpunan.
Guru Besar pertma SKAD ialah Tun Hj Barudin b Hj Seradi yang berkhidmat daripada tahun 2003 hingga 2004.Kemudiannya diambil alih oleh Encik Ishak b Ramlee sehingga tahun 2007.Seterusnya digantikan dengan Pn Jamilah bt Iberahim bermula 2008 sehinggga Mac 2014.SKAD ditadbir pula oleh Guru Besar ke-4 iaitu Pn Hjh Zawyah bt Ahmad bermula April 2014.(akan dikemaskini sekiranya ada maklumat baharu…)

Dicatat oleh : Cikgu Norisah

Friday, 1 May 2015

PROGRAM NILAM & PENCAPAIAN SKAD

Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Kebangsaan Alam Damai(SKAD) tidak ketinggalan menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membudayakan tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah melalui Program NILAM.

Selari dengan usia SKAD beroperasi pada tahun 2003,Program NILAM merupakan salah satu program wajib yang dilaksanakan di SKAD.Walaupun dalam serba kekurangan bahan bacaan lantaran sekolah baharu,namun ianya tetap dilaksanakan oleh Guru PSS pada masa itu iaitu Pn Jamilah bt Yusoff.Menyambung amanah yang telah ditinggalkan oleh Cikgu Jamilah yang telah bertukar ke Selangor,Program NILAM bergerak agak perlahan,namun mula rancak pada tahun-tahun berikutnya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemai,menanam dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar SKAD. Antaranya ialah Bacaan Pagi,"Read Together", 10 minit Bersama Buku,Kem Membaca 1 Malaysia,Tong NILAM,Pinjman Kelompok,Pertandingan Membaca Terbanyak dan berbagai lagi aktiviti galakan galakan membaca.Antara yang boleh dikongsikan bersama iala "Bacaan Pagi". Walaupun aktiviti ini bunyinya klise dan biasa-biasa sahaja ,namun satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah ianya telah banyak menyumbang kepada mendisiplinkan pelajar pada waktu pagi untuk berkumpul di Tapak Perhimpunan.Kredit harus diberikan kepada mantan Guru Besar SKAD iaitu Pn Jamilah bt Iberahim yang mengilhamkan aktiviti ini serta kepada guru-guru serta seluruh warga SKAD yang memberikan kerjasam secara langsung dan tidak langsung.Tanpa kerjasama dari semua pihak adalah agak mustahil dan sukar untuk melaksanakannya.
Begitu juga dengan pihak pentadbir dan PIBG yang tidak pernah jemu menyokong program NILAM dalam bentuk sokongan moral dan peruntukan kewangan seperti hadiah Insentif,tajaan bas,sumbangan kewangan untuk membeli bahan bacaan,derma buku-buku terpakai dan lain-lain.Anugerah NILAM yang turut diselitkan dalam Hari Anugerah Cemerlang (HAC) setiap tahun,telah banyak menyuntik semangat dan galakan untuk pelajar memebaca dan merekodkan dalam Buku NILAM

Bertatih selangkah demi selangkah,SKAD mula mengorak langkah untuk melayakkan diri dalam Anugerah NILAM Peringkat BTPNKL pada tahun 2009. Bermula dari bawah,SKAD mendaki setapak demi setapak untuk sampai ke kemuncaknya.Tahun 2014 mencatatkan kenangan manis kepada SKAD kerana berjaya menyapu bersih tempat pertama,kedua dan ketiga untuk kategori  Tahap 2.Diharapkan pada tahun-tahun seterusnya SKAD akan terus mencipta kejayaan bukan sahaja untuk melayakkan diri dalam Anugerah NILAM tetapi lebihh daripada itu adalah sangat diharapkan agar seluruh warga SKAD dapat menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya.Anugerah kemenangan mungkin akan bertukar ganti sekolah dan pemenangnya,tetapi budaya membaca arus dikekalkan dan menjadi satu amalan yangberterusan  kerana "Bangsa Membaca ,Bangsa Berjaya...."


Pencapaian  Anugerah NILAM  SKAD Peringkat Wilayah Persekutuan :

Tahun 2009 :
Tempat ke -12 (Tahap 2) - Nur Zulaikha bt Jesfreedin
Tempat ke-15 ( Tahap 2) -  Nurul Sakinah bt Ashaari

Tahun 2010 :
Tempat ke-5  (Tahap 2)  - Nur Zulaikha bt Jesfreedin
Tempat ke -14  (Tahap 2)  - Nurul Sakinah bt Ashaari

Tahun 2011 :
Tempat Pertama (Tahap 1) - Siti Nur Suhaila bt Hassan
Tempat ke-4       (Tahap 2) - Nurisha Syazia bt Mohd Zaki

Tahun 2012 :
Tempat ke-2 (Tahap 2) - Nur Anis Najwa bt Mohd Roslan
Tempat ke-3 (Tahap 2) - Siti Nur Suhaila bt Hassan
Tempat ke-4 (Tahap 2) - Nurisha Syazia bt Mohd Zaki
Tempat ke-15(Tahap 1) - Nur Batrisyia bt Mohd Nazri

Tahun 2013 :
Tempat Pertama (Tahap 2) - Nur Anis Najwa bt Mohd Roslan
Tempat ke-3       (Tahap 2) - Siti Nur Suhaila bt Hassan
Tempat ke-4       (Tahap 2) - Nurisha Syazia bt Mohd Zaki

Tahun 2014 :
Tempat Pertama (Tahap 2) - Nur Anis Najwa bt Mohd Roslan
Tempat Ke-2      (Tahap 2) - Siti Nur Suhaila bt Hassan
Tempat Ke-3      ( Tahap 2) - Nurisha Syazia bt Mohd Zaki

LAGU NILAM

 SUMBER RUJUKAN : http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/214-program-nilam.html

PROGRAM NILAM : APA ITU PROGRAM NILAM...?

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

RASIONAL PROGRAM NILAM….
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.
MATLAMAT PROGRAM NILAM….
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

OBJEKTIF  PROGRAM NILAM….
  • Menjadikan murid banyak membaca
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
 SUMBER RUJUKAN : http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/214-program-nilam.html

Catatn : Cikgu Norisah

KELAB PUSTAKAWAN SKAD: SEJARAH & PENCAPAIAN

Kelab Pustakawan SKAD ditubuhkan pada tahun taun 2010.Idea penubuhan Kelab Pustakawan dicetuskan oleh saya sendiri selaku Guru PSS.Cadangan tersebut saya usulkan kepada Guru Besar ketika itu iaitu Pn Jamilah bt Iberahim dan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En Muniandy a/l Suppiah sejak tahun 2009 lagi.Tetapi memandangkan cadangan tersebut disampaikan pada pertengahan taun,maka ianya hanya diluluskan pada tahun 2010.

Objektif asal penubuhan Kelab Pustakawan ini antara lain adalah bertujuan untuk memperuntukkan masa yang lebih kepada pengawas PSS untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan PSS.Ini adalah kerana kekangan masa pada awal pagi,waktu rehat dan selepas waktu persekolahan membataskan pengawas PSS untuk menyumbangkan masa dan tenaga kepada PSS.Dengan tertubuhnya Kelab Pustakawan,peruntukkan masa waktu kokurikulum dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti berkaitan PSS tanpa mengabaikan objektif asal dalam aktiviti kokurikulum.

Banyak aktiviti yang kebanyakannya merentas kurikulum yang  telah dijalankan oleh Kelab Pustakawan SKAD sejak dari awal penubuhannya.Antaranya ialah Pengurusan Diri,Menghasilkan bahan P&P untuk PSS,Melabel Nama pokok-pokok Sekitar Halaman Sekolah,Lawatan Sambil Belajar,Memasak,Mencari Maklumat,Jamuan Raya,Jamuan Akir Tahun dan berbagai lagi aktiviti yang sangat mengujakan ahli-ahlinya.

Kelab Pustakawan SKAD juga antara Kelab/Persatuan yang paling aktif di SKAD.Bermula tahun pertama kelahiran Kelab Pustakawan telah mencatatkan pencapaian yang sangat memberansangkan.Sejak penubuhannya pada 2010,Kelab Pustakawan telah empat kali di anugerahkan Kelab/Persatuan Terbaik dalam Hari Anugerah Cemerlang (HAC) Kokurikulum iaitu pada tahun 2010,2012,2013 dan 2014.

Kepada seluruh warga SKAD dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,saya sangat-sangat menghargai dan ingin merakamkan ucapan terima kasih.Besarlah harapan saya agar Kelab Pustakawan ini juga akan dapat mengharumkan nama sekolah keperingkat yang lebih tinggi...InsyaAllah..

Catatan : Cikgu Norisah

J/KUASA PENGAWAS PSS SKAD 2015


Catatan : Cikgu Norisah

WAJAH-WAJAH PENGAWAS PSS SKAD 2015


Catatan : Cikgu Norisah

JAWATANKUASA KERJA PSS SKAD 2015


Catatan : Cikgu Norisah

BLOG PUSAT SUMBER SK ALAM DAMAI.

Assalamualaikum...

Sebagai seorang guru Pusat Sumber Sekolah(PSS) SK Alam Damai (SKAD),saya merasakan mewujudkan blog untuk PSS adalah satu keperluan.Walaupun banyak maklumat berkaitan SKAD sudah wujud dalam  web http://www.pss.skalamdamai.com/ tetapi saya mengambil inisiatif mewujudkan blog ini untuk perkongsian ilmu dan informasi secara lebih santai khususnya berkaitan PSS SKAD.Rasanya lebih santai menulis dan bercerita serta berkongsi maklumat melaui blog. 


Melalui blog ini saya mengharapkan agar perkongsian ilmu yang berguna dari saya dapat dipanjangkan.Begitu juga perkongsian dari pihak lain,sangat saya alu-alukan bersesuaian dengan ungkapan "Sharing Is Caring.."

Sekian....

Catatan : Cikgu Norisah