Assalamualaikum..
Sebagai Guru Pusat Sumber/Media (GPM) saya
terpanggil untuk mencatatkan perihal sejarah Sekolah Kebangsaan Alam Damai
(SKAD) sebagai rujukan anak-anak SKAD dan juga sebagai perkongsian bersama.Mungkin
hari ini catatan ini tidak ada nilainya,tetapi siapa tahu 20 tahun akan datang
ianya diperlukan.Apa yang saya tuliskan ini hanyalah berdasarkan kepada
pengetahuan sedia ada kerana saya juga merupakan kumpulan guru yang terawal
bertugas di sekolah ini.Selain daripada itu saya juga membuat rujukan dari fail
sekolah dan catatan saya berkaitan sejarah ringkas sekolah ini ada dimuatkan
dalam Majalah Simfoni SKAD jilid 1(2009).Sekiranya ada yang mempunyai maklumat
tambahan saya sangat mengalu-alukan,demi untuk pengetahuan dan rujukan generasi
SKAD pada masa akan datang.
Alamat : Persiaran Bistari,
56000 CHERAS,
KUALA LUMPUR
No .Telefon : 03-91023271
No. Fax : 03-91023271
Zon Akademik : PPD Pudu/Bangsar
Zon PKG : Pudu
Kod Sekolah : WBA 0084
P/Hole : MERAH( (72)
Kod Peperiksaan : WP 053 & WP 054
Laman Web : www.skalamdamai.com
Visi Sekolah : "Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik,Negara Sejahtera"
Misi Sekolah : " Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Cogan Kata : "Berilmu,Beramal,Berbakti"
SK Alam Damai siap dibina pada
tahun 2002 dan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2003.Pada tahun pertama
pembukaannya bilangan pelajar dicatatkan berjumlah 961 orang.Kebanyakan
pelajarnya adalah bekas pelajar dari SK Taman Segar kerana sebelum itu SK Taman
Segar dan sekolah lain yang berhampiran. dengan 24 buah kelas yang terdiri daripada
Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja, SKAD menjadi satu-satunya sekolah yang
berlamatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana bersempadan dengan
Selangor.Arif,Bestari,Cerdik,Dinamik,Efektif dan Gemilang digunakan sebagai
nama kelas .Jumlah guru pula pada tahun tersebut adalah seramai 42
orang.Persekitran SKAD pada ketika itu masih dikelilingi hutan muda
disebelah kiri dan bahagian hadapan pula adalah belukar kecil yang menjadi
denai dan jalan pintas penduduk Perumahan Seri Perindu.Bahagian belakang sekolah
adalah kejiranan Perumahan Damai Bakti.Manakala sebelah kanan besebelahan
kantin adalah Kuaters Institusi Pendidikan.
Tahun 2004 barulah wujudnya
kelas untuk Tahun 6.Setiap tahun jumlah murid dan guru SKAD mencatatkan
pertambahan.Pada tahun 2004 juga pernah menjadi "Sekolah Tumpang"
selama setahun kepada SK Seri Anggerik yang masih dalam pembinaan di Taman Len
Seng.Walau bagaimanapun hanya bilik darjah ditingkat bawah sahaja yang
ditumpangkan iaitu untuk sesi petang..Manakala Pejabat Pentadbiran sementara
untuk SK Anggerik ditempatkan di sebuah bilik besebelahan Kedai Buku.(Bilik
bekas pejabat pentadbiran itu telah dijadikan Bilik Panitia pada tahun 2010)
2005 SKAD berkembang lagi
dengan lahirnya Pra Sekolah yang beroperasi di hujung Blok D (asalnya kelas
Tahun 1).Tahun –tahun berikutnya menyaksikan pertambahan beberapa prasarana
baru yang lain seperti garaj kereta,“Tangga Kambing” yang menjadi teduhan
ditepi padang, “Susur Gajah” yang menjadi laluan berbumbung di sepanjang pagar
depan dan belakang sekolah,pentas dewan
terbuka dan juga Tapak Perhimpunan.
Guru Besar pertma SKAD ialah
Tun Hj Barudin b Hj Seradi yang berkhidmat daripada tahun 2003 hingga 2004.Kemudiannya
diambil alih oleh Encik Ishak b Ramlee sehingga tahun 2007.Seterusnya
digantikan dengan Pn Jamilah bt Iberahim bermula 2008 sehinggga Mac 2014.SKAD
ditadbir pula oleh Guru Besar ke-4 iaitu Pn Hjh Zawyah bt Ahmad bermula April
2014.(akan dikemaskini sekiranya ada maklumat baharu…)
Dicatat oleh : Cikgu Norisah